Bahan-bahan untuk Kek Brownies Kedut
Bahan A – untuk dicairkan
150 gram mentega – potong kiub
400 gram coklat – potong kiub atau parut
Bahan B
4 biji telur besar (saiz A)
1 sudu teh esen vanila
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
Bahan C – untuk diayak bersama
100 gram tepung naik sendiri (atau Tepung Hong Kong)
30 gram serbuk koko
100 gram kacang (Boleh abaikan jika tidak suka. Bakar dulu dan gaulkan dengan tepung dan serbuk koko yang telah diayak)
50 gm kepingan badam
Cara masak Kek Brownies Kedut
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Saiz loyang 10 x 10 in. Lapik loyang dengan kertas 2. Bahan A - Cairkan mentega dan coklat masakan. Cairkan dengan kaedah double boiler. Boleh juga guna microwave, panaskan selama 30 saat. Keluarkan dari microwave dan kacau sehingga cair sepenuhnya. Ketepikan, biarkan sejuk 3. Bahan B - Dalam mangkuk lain, pukul telur, esen vanila, coklat emulco, gula perang dan gula kastor menggunakan pemukul. 4. Satukan bahan A dan B. Kacau hingga rata. 5. Masukkan bahan C yang telah diayak secara beransur-ansur ke campuran adunan A dan B. Gunakan spatula kayu atau plastik untuk sebatikannya. Elakkan gaul berlebihan. 6. Sendukkan adunan ke dalam loyang, ratakan 7. Taburkan kepingan badam 8. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga lidi yang dimasukkan keluar bersih. 9. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk selama 10 minit. Kemudian cepat-cepat potong brownies. Kek brownies kedut ini cepat keras. Jiks telah sejuk sukar untuk memotongnya.